AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 105 (3 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 20 ZULKAEDAH 1436H)
Gambar Hiasan. Kredit : Independent.co.uk
Assalamualaikum Sayyidus Syeikh Mufti ada soalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan ibu tua yang telah uzur adakah ibu tua tersebut dikategorikan sebagai salah seorang golongan yang telah diangkat penanya kerana sudah tidak ingat pelbagai perkara dan tidak mampu bercakap? Masih perlu menunaikan solat? Perlukah dia untuk menukar lampin tiap kali solat? Mohon fatwa daripada mufti untuk kekusutan perkara ini الله يجزيكم بخير... JAWAPAN
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
- Hal ini perlu dilihat kepada realiti, zhuruf atau keadaan ibu tersebut. Selama mana beliau masih berakal dan waras, maka hak taklif masih berlalu atas beliau.
- Tetapi jika sampai ke tahap beliau lupa ingatan dan lupa segalanya, maka ketika itu beliau dikira tidak mukallaf.
- Sila rujuk kepada pakar perubatan dalam bidang tersebut untk menentukan statusnya yang sebenar.
- Isu tukar lampir adalah perlu jika pada lampin ada najis.
Wallahuaʿlam