Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

harta hibah kepada anak angkat

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 156 (18 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 8 RABIULAKHIR 1437H)

 
 
SOALAN:
 
Assalamualaikum Datuk,
 
Saya ingin bertanya. Hukum seorang anak angkat (perempuan) menerima hadiah berupa sebuah rumah teres, diberi oleh ibu ayah angkatnya sewaktu mereka hidup lagi, proses tukar nama semua dah selesai, setelah beberapa tahun berlalu, ibuayah angkatnya meniggal dunia, datang anak-anak kandung ibuayah angkatnya meminta rumah itu dikembalikan pada mereka atas dasar mereka kata anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka. Sedangkan proses tukar nama rumah itu berlaku atas kerelaan ibu ayah angkat nya sewaktu mereka hidup lagi, kerana sangkaan mereka akan berlaku bahawa rumah itu akan dituntut oleh adik beradik arwah. Betul sangkaan arwah berdua. Arwah memberi rumah itu pada anak angkatnya kerana anak angkat itu lah satu-satunya insan yang arwah berdua sayang dan harapan mereka. Jadi apa hukumnya jika anak angkat itu mempertahankan hak miliknya ke atas rumah tersebut, kerana ia kata rumah itu dibeli oleh ibu ayahnya untuk dia, dan bukan harta pusaka keluarga ibu ayahnya. Memang rumah itu adalah harta sepencarian arwah berdua. Terima kasih dan semoga Allah merahmati Datuk & semua yang terlibat dalam memberi maklumat pada kami semua.
 
JazaakaLlah khair
 
JAWAPAN:
 
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
 
Sah transaksi pindah milik rumah kepada anak angkat tersebut kerana ia dianggap hibah dan tidak dikira sebagai harta pusaka. Maka, adik beradik daripada ibu bapa angkat itu tidak layak meminta pusaka daripada rumah tersebut melainkan jika anak angkat tersebut menyerahkannya sendiri. Walaupun begitu, sepatutnya ibu bapa hendaklah menzahirkan pemberian tersebut kepada anak angkat tersebut untuk diketahui oleh anak-anak kandung yang lain. Perlu mendapatkan saksi dan pemindahan milik dilakukan ketika ibu bapa masih hidup supaya tidak berlaku sebarang dakwaan dan prasangka buruk sesama anak-anak.
 
Wallahua`lam.