Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

fadilat berzikir sehingga terbit matahari

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 211 (14 MAC 2016 M / 5 JAMADILAKHIR 1437 H)

 

SOALAN:

 

Assalamualaikum wbt, 

Zikir selepas waktu syuruk atau waktu israk, yang mana satu pahalanya sama dengan mengerjakan haji tu?

Terima kasih. 

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Kami kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh penanya. Mungkin yang dimaksudkan ialah fadilat berikut. Daripada Jabirah bin Samurah  RA:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

Maksudnya: Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.

Hadis riwayat al-Tirmidzi (585) dalam Sunan. Menurut beliau, hadis ini hasan sahih.

Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

 

Maksunya: Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.

Hadis riwayat al-Tirmidzi (586) dalam Sunan. Menurut beliau, hadis ini hasan gharib.

Solat dua rakaat itu sebahagian ulama menganggapnya sebagai Solat Isyrak, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai solat Duha. Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kelebihan pahala bagi orang yang memenuhkan masa selepas solat Subuh dengan iktikaf di masjid dan berzikir kepada Allah SWT sehingga terbitnya matahari.

 

Wallahua`lam.