Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #513: MASA SOLAT JAMAK QASAR

Soalan: Tiket keretapi pulang jam 4 petang. (i) Bolehkah saya keluar daripada tempat saya sebelum Zohor dan solat Jamak Qasar Zohor dan Asar secara taqdim di KL Sentral? (ii) Adakah dibenarkan saya untuk keluar selepas Zohor dan solat Jamak Qasar Zohor dan Asar secara taqdim?

Jawapan:

i. Kami i’tibarkan jarak ke kampung saudara melebih 2 marhalah maka ia dibolehkan. Sememangnya antara syarat yang membolehkan seseorang solat qasar adalah dia telah keluar memulakan perjalanan sebelum masuk waktu solat.

ii. Tidak dibenarkan melakukan Jamak Qasar Zohor dan Asar secara taqdim kerana telah masuk waktu Zohor tetapi saudara masih belum keluar memulakan perjalanan. Solat yang telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan perjalanan tidak harus diqasarkan kerana seseorang itu belum dikatakan bermusafir ketika solat tersebut wajib atasnya. Maka, wajib untuk solat secara tamam. [1]Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

16 Januari 2017 bersamaan 17 Rabi’ al-Akhir 1438 H