Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ALKAFI #1224 : PERMASALAHAN PEMBAHAGIAN HARTA DAN WANG TUNAI

ak1224

SOALAN  :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh YBhg. Dr Mufti saya ada permasalahan Pembahagian Harta Dan Wang Tunai (Rm15,000.00) Mengikut Hukum Syarak Dan Faraid bagi setiap ahli Waris seperti berikut:

Seorang Ibu Meninggal dunia dan meninggalkan :

3 anak lelaki

2 anak Perempuan

 

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda ﷺ, sahabat Baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.

Nabi ﷺ bersabda:

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا ، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya“Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”

Riwayat al-Bukhari (6351) dan Muslim (1615)

 

Kedudukan anak lelaki akan mendapat dua bahagian sedangkan anak perempuan mendapat satu bahagian. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

MaksudnyaAllah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

                                                                                    (Surah al-Nisa: 11)

 

 

 

Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka

Antara kewajipannya adalah seperti berikut:

  • Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.
  • Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)
  • Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
  • Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki.

(Lihat Matla’ al-Badrain susunan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2/238)

Pembahagian atau peratusan dari hasil mengikut kaedah faraid bagi dari jumlah hasil harta yang patut diterima oleh :

3 anak lelaki

2 anak Perempuan

Rumusan : Harta Yang Difaraidkan Mengikut Setiap Nilaian RM15,000,00.

 

Ahli Waris

Fardhu/ ‘Asabah

Asal Masaalah

Sah Masaalah

RM*

8

16

RM15,000

3 Anak (L)

‘Asabah

6

2

 

2

 

2

 

2 Anak (P)

‘Asabah

2

1

 

1

 

 

Nota  : *Kaedah Pengiraan

3 Anak Lelaki

                                                        i.            Bhg. Anak (L1): Harta RM15,000 x 2/ 8 = RM3750.00

                                                       ii.            Bhg. Anak (L2): Harta RM15 000 x 2/ 8 = RM3750.00

                                                     iii.            Bhg. Anak (L3): Harta RM15,000 x 2/ 8 = RM3750.00

2 Anak Perempuan

                                                     iv.            Bhg. Anak (P1): Harta RM15,000 x1 / 8 = RM1875.00

                                                       v.            Bhg. Anak (P2): Harta RM15,000 x1 / 8 = RM1875.00

 

                        JUMLAH                                 = RM15,000.00

Nota  : *Kaedah Pengiraan

3 Anak Lelaki

                                                        i.            Bhg. Anak (L1): Harta RM15,000 x 2/ 8 = RM3750.00

                                                       ii.            Bhg. Anak (L2): Harta RM15 000 x 2/ 8 = RM3750.00

                                                     iii.            Bhg. Anak (L3): Harta RM15,000 x 2/ 8 = RM3750.00

2 Anak Perempuan

                                                     iv.            Bhg. Anak (P1): Harta RM15,000 x1 / 8 = RM1875.00

                                                       v.            Bhg. Anak (P2): Harta RM15,000 x1 / 8 = RM1875.00

                        JUMLAH                                 = RM15,000.00