SOALAN:
Permasalahan Pembahagian Faraidh:
Seorang saudara Meninggal dunia dan meninggalkan:
2 - Saudara perempuan seibu sebapa
5 - Saudara lelaki sebapa
4 - Saudara perempuan sebapa
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda ﷺ, sahabat Baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.
Nabi ﷺ bersabda:
أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا ، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ
Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”
Riwayat al-Bukhari (6351) dan Muslim (1615)
Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka
Antara kewajipannya adalah seperti berikut:
- Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.
- Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)
- Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
- Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki. (Lihat Matla’ al-Badrain susunan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2/238)
Pembahagian yang hasil dari pengiraan mengikut kaedah faraidh dan contoh dari jumlah hasil harta yang patut diterima oleh :
2 - Saudara perempuan seibu sebapa
5 - Saudara lelaki sebapa
4 - Saudara perempuan sebapa
Contoh : Harta Yang Difaraidhkan Mengikut Setiap Nilaian RM30,000.00.
Ahli Waris |
Fardhu/ ‘Asabah |
Asal Masaalah |
Sah Masaalah |
RM* |
42 |
42 |
RM30,000 |
||
2 - Saudara perempuan seibu sebapa |
2/3 |
28 |
14 |
10,000 |
14 |
10,000 |
|||
5 - Saudara lelaki sebapa |
‘Asabah bil Ghairi |
10 |
2 |
1428.50 |
2 |
1428.50 |
|||
2 |
1428.50 |
|||
2 |
1428.50 |
|||
2 |
1428.50 |
|||
4 - Saudara perempuan sebapa |
Asabah bil Ghairi |
4 |
1 |
714.375 |
1 |
714.375 |
|||
1 |
714.375 |
|||
1 |
714.375 |
|||
JUMLAH |
42 |
30,000.00 |
Nota : *Kaedah Pengiraan
2 - Saudara perempuan seibu sebapa
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 14 /42 = RM 10,000
- Bhg. Seorg : Harta RM30,000 x 14/ 42 = RM 10,000
5 - Saudara lelaki sebapa
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 2 / 42 = RM1428.5
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 2 / 42 = RM1428.5
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 2 / 42 = RM1428.5
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 2 / 42 = RM1428.5
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 2 / 42 = RM1428.5
4 - Saudara perempuan sebapa
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 1 / 42 = RM714.375
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 1 / 42 = RM714.375
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 1 / 42 = RM714.375
- Bhg. Seorg: Harta RM30,000 x 1 / 42 = RM714.375
JUMLAH = RM30,000.00