Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #550 : MELEWATKAN AZAN ISYAK KERANA KULIAH

Soalan:

Bolehkah azan walaupun sudah lebih waktu isyak, kerana majlis ilmu masih diadakan ketika telah masuk waktu isyak?

Jawapan:

Boleh azan sekalipun waktu isyak sudah masuk lama. Berkata para pengarang kitab Fiqh al-Manhaji: “Dan azan itu sunat hukumnya bagi solat yang hendak dilakukan atau yang sudah luput.” Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/114).

Kami cadangkan sebaiknya dihentikan seketika kuliah untuk azan Isyak kemudian disambung yang berbaki daripada kuliah. Ini kerana sebagai peringatan kepada mereka yang di luar masjid dan di rumah bahawa waktu solat sudah masuk. Manakala masa yang ada selepas azan  boleh dijadikan waktu berkumpul orang untuk solat sebelum iqamat.  Menurut hadis Jabir bin Abdillah RA berkenaan solat Isyak Rasulullah SAW:

إِذَا رَآهُمُ اجْتَمَعُوا عَجَّلَ، وَإِذَا رَآهُمْ أَبْطَؤُوا أَخَّرَ

Maksudnya: “Jika baginda melihat orang ramai sudah berkumpul, baginda menyegerakan solat Isyak, jika mereka lambat, maka baginda melewatkan Isyak.”

Hadis riwayat al-Bukhari (560)

 

Wallahua’lam.