Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad al-Hadith Siri ke-69 : Apakah status hadith ini ?

 

 

Soalan:

Apakah status hadith ini “ شِرَارُكُمْ مُعَلِّمُو صِبْيَانِكُمْ ” ?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Matan al-Hadith

  • Daripada Ibn Abbas RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مُعَلِّمُوْا صِبْيَانِكُمْ شِرَارُكُمْ، أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً عَلَى الْيَتِيْمِ، وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمِسْكِيْنِ

Maksudnya: “Para pengajar anak-anak kalian yang paling buruk adalah yang paling sedikit rasa kasih sayangnya terhadap anak yatim dan paling keras terhadap orang miskin”.

 

  • Di dalam riwayat yang lain:

 

شِرَارُكُمْ مُعَلِّمُو صِبْيَانِكُمْ، أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً عَلَى الْيَتِيْمِ، وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمِسْكِيْنِ

Maksudnya : “Para pengajar anak-anak kalian yang paling buruk adalah yang paling sedikit rasa kasih sayangnya terhadap anak yatim dan paling keras terhadap orang miskin”.

 

Hukum Hadith

  • Al-Qauqaji menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 103, no. Hadith 274]
  • Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 255, no. Hadith 243 dan juga al-Mashnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 113, no. Hadith 161]
  • Imam al-Sakhawi menghukum hadith ini sebagai [Lihat: Fath al-Mughith, 1:318]
  • Ibn ‘Adiy menghukum hadith ini sebagai mungkar pals [Lihat: al-Kamil fi al-Dhu’afa’, 4:507]
  • Ibn Abd al-Bar menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Tamhid, 21:113]
  • Imam al-Suyuthi menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Laaliy al-Masnu’ah, 2:390]

 

Huraian

Hadith ini merupakan contoh salah satu contoh yang digunakan oleh para ahli hadith dalam menerangkan sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadith iaitu disebabkan dorongan peribadi atau emosi seseorang perawi. Hal ini disebut oleh Imam al-Suyuthi di dalam kitabnya:

 

وَمِنْ أَمْثِلَةِ مَا دَلَّ عَلَى وَضْعِهِ قَرِينَةٌ فِي الرَّاوِي، مَا أَسْنَدَهُ الْحَاكِمُ، عَنْ سَيْفِ بْنِ عُمَرَ التَّمِيمِيِّ، قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ سَعْدِ بْنِ طَرِيفٍ، فَجَاءَ ابْنُهُ مِنَ الْكُتَّابِ يَبْكِي، فَقَالَ: مَا لَكَ؟ قَالَ: ضَرَبَنِي الْمُعَلِّمُ، قَالَ: لَأُخْزِيَنَّهُمُ الْيَوْمَ".

 

Antara contoh yang menunjukkan di atas kepalsuan sesuatu hadith disebabkan petunjuk daripada diri perawiadalah sebuah hadith yang dinyatakan oleh al-Hakim daripada Saif bin Umar al-Tamimi. Dia berkata: Aku berada bersama Sa’ad bin Tharif maka anaknya telah datang dari tempat mengaji Al-Qur`an sambil menangis. Sa’ad bertanya: “Kenapa dengan kamu?” Anaknya menjawab, “Aku dipukul oleh guruku”. Lalu Sa’ad berkata, “Aku akan membuat mereka hina pada hari ini!”. Lalu ia menyebut hadith di atas yang dibuat sendiri. [Lihat: Tadrib al-Rawi, 1:327]

 

Tarjih

Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama terhadap hadith ini, maka kami katakan bahawa hukum hadith atau riwayat ini adalah palsu dan kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain.

 

Faktor-Faktor Pemalsuan Hadith

Antara sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadith adalah:

  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mencipta hadith-hadith yang berbentuk galakan kepada kebajikan dan hadith-hadith yang berbentuk ancaman dari melakukan kemungkaran.
  • Menyokong fahaman atau kumpulan tertentu seperti Khawarij dan Syiah.
  • Memburukkan dan melakukan serangan terhadap Islam.
  • Mendampingi pemerintah atau kerajaan tertentu.
  • Mendapatkan kepentingan dunia dan juga mencari kemasyhuran.
  • Memalsukan hadith bagi tujuan peribadi.

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah tidak sahih dan kita sesekali tidak dibenarkan menyebarkannya kepada orang lain. Apatah lagi, menyandarkannya kepada Nabi SAW. Ini kerana, hukuman bagi orang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW adalah neraka merupakan tempatnya. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada menyampaikan dan menyebarkan hadith-hadith yang tidak sahih. Amin.