Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad al-Hadith Siri ke-19 : Buku-buku Menjawab Syubhat-Syubhat berkaitan al-Hadith

 

Persoalan :

Sejak akhir-akhir ini telah berlaku serangan demi serangan terhadap percanggahan di dalam sunnah. Adakah serangan-serangan ke atas sunnah ini berbentuk baru, tidak sama seperti sebelumnya? Dalam masalah pentadwinan (penulisan) sunnah dilihat bahawa para ulama’ telah menjawab dan tidak meninggalkan sebarang syubhah padanya?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kami kemukan jawapan daripada Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk al-Sunnah al-Nabawiyyah:

“Sesungguhnya serangan-serangan yang dilakukan oleh musuh Islam dan sebahagian kumpulan yang bersama dengan musuh, kesemua mereka mempunyai titik persamaan iaitu percubaan dalam meragukan umat Islam dengan sunnah Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai tafsiran kepada al-Qur’an. Jika usaha ini berhasil, ini akan menjadikan generasi-generasi akan datang semakin jahil dan semakin jauh daripada agama mereka.

Para ulama’ telah menulis karya-karya yang banyak bagi menafikan segala syubhat-syubhat terhadap sunnah agar umat Islam dapat menjaga dan beriltizam dengan apa yang sahih daripada Rasulullah SAW. Antara karya-karya yang ditulis bagi menafikan syubhat-syubhat yang ditimbulkan oleh musuh Islam adalah :

  • Abu Hurairah Riwayat al-Islam: Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib.
  • Al-Anwar al-Kasyifah lima fi Kitab Adhwa’ ala al-Sunnah: Al-Syeikh Abdulrahman bin Yahya al-Yamani.
  • Al-Hadith wa al-Muhaddithun: Dr. Muhammad Abu Zuhrah.
  • Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyhri’ al-Islami: Dr. Mustafa al-Siba’i.
  • Al-Sunnah Qabla al-Tadwin: Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib.
  • Al-Sunnah al-Muthahharah wa al-Tahaddiyat: Dr. Nuruddin ‘Itr.
  • Zhulumat Abi Rayah: Al-Syeikh Muhammad Abdul Razzaq Hamzah.
  • Qissah al-Hujum ala al-Sunnah: Ali Ahmad al-Salus.”

Semoga jawapan ini dapat membimbing kita agar kita tidak menjadi orang-orang jahil dan bersama-sama dalam menyebarkan syubhah terhadap sunnah Nabi SAW. Amin.

Wallahua`lam.