SOALAN 62 (23 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 10/07/2015)
Apakah hukum zakat fitrah ke atas banduan?
JAWAPAN
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa 2003 berkenaan Zakat Fitrah ke atas Orang Tahanan dan Banduan Islam di Istitusi penjara:
Hukumnya wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.