Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH PADA AWAL ATAU PERTENGAHAN RAMADAN

SOALAN 69 (28 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 15/07/2015)

Apakah hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal Ramadan atau pertengahannya?

 

JAWAPAN

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.