SOALAN 41 (26/06/2015 BERSAMAAN 09 RAMADAN 1436H)
Bolehkah puasa bagi pihak si mati yang bukan dari kalangan keluarganya?
JAWAPAN
Sah puasa bagi pihak si mati oleh orang yang bukan daripada kalangan keluarganya apabila diizinkan oleh seorang daripada ahli keluarga tersebut. Sebaliknya, jika tidak diizinkan oleh ahli keluarga si mati atau tanpa wasiatnya, puasa tersebut tidak sah.