Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD HUKUM KE-60: PENYAKIT, LAMARAN & JODOH

 

SOALAN

  • Bolehkah mempercayai cerita orang yang mempunyai penyakit kronik mengatakan bahawa dia akan sembuh dari penyakitnya jika mengahwini orang yan disukainya?
  • Adakah berdosa sekiranya saya menolak lamaran tersebut?
  • Bolehkah saya berjumpa semula dengannya di negeri akhirat sana dan adakah masih ada jodoh kami di sana nanti?

 

JAWAPAN

Saya bahagikan jawapan ini kepada beberapa noktah:

  • Kenyataan penyakit akan sembuh dengan mengahwininya adalah andaian semata-mata yang boleh jadi betul atau tidak. Begitu juga, apa yang difahami, penyakit boleh diubati dengan cara fizikal atau kerohanian seperti menggunakan ayat-ayat Allah dan lain-lain. Adapun dengan cara perkahwinan tidaklah semestinya seperti sangkaan dan dakwaannya.
  • Tidak berdosa menolak lamaran. Ini kerana, apabila dilamar, maka menjadi hak kepada wanita sama ada menerima atau menolak. Dan tidak semestinya menerima bulat-bulat berdasarkan mimpi dari sebelah pihak.
  • Hadis riwayat Muslim daripada Rabiah bin Ka’ab al-Aslami menerima hajat dengan Nabi SAW untuk bersamanya dalam syurga. Jawab baginda:

 

فَأَعِنِّي على نَفْسِكَ بكثْرَةِ السُجُودِ

Maksudnya:Maka bantulah aku memenuhi keinginanmu itu dengan memperbanyakkan sujud”.

Riwayat Muslim (489)

 

            Daripada nas ini anda boleh bersama dengan orang yang anda sukai di dalam syurga dengan memperbanyakkan ibadah dan doa. Segalanya berlaku dengan ketentuan daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya.

 

            Semoga Allah kurniakan kepada kita semua syurga-Nya. Amin.

 

 

 

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

18 Syawal 1436H bersamaan 03 Ogos 2015