DASAR PRIVASI APLIKASI MUDAH ALIH PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Privasi
Aplikasi Mudah Alih Mufti Care (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei AppGalerry, Apple App Store dan juga Gamma.
Maklumat Peribadi
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna.
Pautan ke Laman Web lain
Aplikasi ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk aplikasi ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Perubahan Kepada Dasar Privasi
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.