Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT DARIPADA JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG

PUTRAJAYA, 12 JANUARI 2022 – Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sahibus Samahah Dato’ Haji Abdul Zaki bin Haji Md Zain, Timbalan Mufti Negeri Pahang atas kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Pertemuan ini turut melibatkan beberapa wakil dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang selain pegawai-pegawai kanan PMWP.

Fokus pertemuan ini adalah untuk mendapatkan pandangan ke arah penambahbaikan fungsi institusi Mufti dan kefatwaan selain cadangan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat.

Adalah diharapkan penambahbaikan institusi fatwa menjadi pemangkin keharmonian dalam “Keluarga Malaysia” dengan lebih banyak program dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberikan impak tinggi kepada masyarakat.

Semoga jalinan ukhwah antara seluruh institusi mufti di Malaysia akan menzahirkan kesefahaman dan keseragaman gerak kerja sekaligus mengangkat institusi mufti sebagai tempat rujukan utama hal ehwal Islam.