31 JANUARI 2023 - Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama ahli rombongan daripada Universiti Malaya telah mengadakan pertemuan bersama Tuan Yaqut Cholil Qoumas, Menteri Agama Indonesia bagi berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu semasa agama khususnya di Wilayah Persekutuan.
Semoga pertemuan ini mengukuhkan lagi ikatan antara dua negara asia dan memberi manfaat kepada semua pihak.