Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM SEMAKAN AKHIR MODUL PERUNDINGAN AKIDAH JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) melalui Unit Runding Cara Akidah telah mengadakan Semakan Akhir Modul Perundingan Akidah JMWP bersama Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Bengkel semakan akhir ini telah diadakan sebanyak dua siri iaitu pada 30 September 2024 dan 22 Oktober 2024 bagi memperkukuh dan menambah baik lagi modul sebelum ianya diterbitkan.

Modul ini merupakan panduan kepada para perunding akidah bagi membimbing dan menasihati klien (individu yang memerlukan khidmat nasihat daripada pakar akidah) sebelum kesnya dibicarakan semula di mahkamah bagi kes-kes pengisytiharan status agama.

Bengkel semakan akhir modul telah menjemput beberapa panel yang dilantik bagi membentangkan topik mengikut bidang kepakaran masing-masing antara panel yang terlibat adalah Prof. Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali,UM bagi modul ‘Pemahaman Pemikiran dan Agama Lain’, manakala Prof. Madya Dr. Md Noor bin Saper,UPSI bagi modul ‘Bimbingan dan Pendekatan Perundingan Akidah’, Dr. Azmil bin Zainal Abidin,UM bagi modul ‘Gejala Riddah’ dan Dr. Yusri bin Mohamad bagi modul ‘Undang-undang’. Turut dihadiri para pegawai pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Modul ini akan digunapakai bermula Januari tahun hadapan dan ia boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan. Semoga modul perundingan akidah ini menjadi garis panduan dan rujukan bagi pengendalian sesi yang melibatkan isu-isu akidah semasa.