Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE-146

PUTRAJAYA, 24 OKTOBER 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-146 telah diadakan semalam di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bagi membincang dan mengeluarkan keputusan terhadap hukum-hakam dan isu-isu semasa yang timbul pada masa kini secara tuntas dan terperinci. Setiap keputusan yang diputuskan juga berdasarkan kepada kepelbagaian aspek semasa.

Selain itu, mesyuarat kali ini telah melibatkan beberapa orang pembentang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pegawai penyelidik JMWP. Semoga keputusan fatwa yang telah diputuskan dapat menjadi panduan kepada setiap masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.