Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN AFGHANISTAN KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (JMWP)

PUTRAJAYA, 15 JANUARI 2025 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Kedutaan Afghanistan diketuai oleh H.E. Mr. Naqibullah Ahmadi, Charge d’Affaires a.i of the Embassy of the Islamic Republic of Afghanistan to Malaysia dan turut dihadiri oleh Mr Rahimi Shahidullah,Setiausaha Ketiga.Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama pegawai kanan JMWP telah menyambut ketibaan mereka dengan layanan baik dan mesra.

Melalui pertemuan ini, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Kedutaan Afghanistan mengambil kesempatan bersama dalam membincangkan isu dua hala kepentingan bersama berkaitan hal ehwal Islam antarabangsa dan hukum-hakam semasa serta jalinan hubungan kerjasama dan ukhuwah umat Islam antara Malaysia dan Afghanistan khususnya dalam memperkasa kefatwaan.

Diharapkan kunjungan hormat ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan diplomatik , tetapi juga membuka peluang kerjasama strategik yang lebih erat dalam bidang kefatwaan dan hal ehwal Islam.