PUTRAJAYA, 16 JANUARI 2025 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Tausiah Syahri siri pertama 2025 yang dihadiri seluruh warga kerja JMWP termasuk dari Cawangan Labuan. Tausiah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Antara intipati ucapan SS Datuk Mufti berkaitan pencapaian cemerlang JMWP sepanjang 2024 dan beberapa Projek/Program “High Impact” bagi tahun 2025. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Ketua Penolong Mufti dan ketua-ketua unit Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Turut dijemput bersama penceramah Executive Talk yang disampaikan oleh Encik Sayed Munawar Sayed Mustar seorang perunding media terkenal. Tajuk perkongsian pada hari ini ialah "Keberkesanan Media Sosial Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan". Pelbagai ilmu dan pengalaman penceramah dalam pengurusan media sosial yang dikongsi bersama dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau juga menyentuh pelbagai medium media sosial yang boleh dimanfaatkan oleh JMWP agar maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih tersasar, pantas dan berkesan.
Diharapkan daripada program yang bermanfaat ini akan menatijahkan keberkesanan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam mengendalikan media sosial secara efektif dan efisien serta memberi faedah kepada umat Islam dalam hal yang berkaitan dengan kefatwaan.