Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH & BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID, JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (JMWP)

PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2025 – Kunjungan hormat oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan bahagian Pengurusan Masjid JAWI ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) petang ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Delegasi JAWI diketuai oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI bersama pegawai-pegawai kanan. Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan bersama pegawai kanan JMWP turut meraikan kehadiran delegasi.

Perbincangan dalam kunjungan ini berkisar tentang pengurusan dan hukum hakam berkaitan hal ehwal masjid di Wilayah Persekutuan. Kedua-dua pihak turut membincangkan prospek kerjasama dalam pelbagai aspek bagi memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan terbaik dan berkesan kepada masyarakat.

Diharapkan daripada kunjungan ini dapat menjalinkan kerjasama antara agensi-agensi agama di Wilayah Persekutuan dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan tugas-tugas agama serta memberi manfaat kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan.