PUTRAJAYA, 28 MEI 2025 — Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil memulakan tugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan bermula hari ini. Pelantikan ini menandakan kesinambungan kepimpinan dalam institusi fatwa, sekaligus memperkukuh peranan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam menyampaikan panduan keagamaan yang berasaskan ilmu, hikmah dan pendekatan sederhana.
Dengan latar belakang keilmuan yang kukuh serta pengalaman dalam bidang dakwah dan pengalaman korporat Sahibus Samahah diyakini mampu mengemudi jabatan ini dalam menyantuni masyarakat serta menangani isu-isu semasa melalui pendekatan yang berhemah dan berkesan.
Seluruh warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil, serta mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan, petunjuk dan keberkatan dalam memikul amanah yang besar ini demi kebaikan agama dan ummah.