Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

FENOMENA ISTIWA' ADZAM

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2025- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Falak telah mengadakan program semakan arah kiblat bersempena Fenomena Istiwa' Adzam yang berlaku pada hari ini di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya.

Istiwa' Adzam adalah merupakan fenomena matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku 2 kali pada tahun ini iaitu 28 Mei jam 5.18 petang dan 15 Julai jam 5.27 petang.

Seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di rumah/premis masing-masing pada hari ini. Tahniah kepada yang telah berjaya melakukannya pada hari ini.