Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ZIARAH MAHABBAH KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 29 MEI 2025 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menerima ziarah mahabbah daripada S.F. Tuan Haji Ashraf bin Ismail, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Kunjungan ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, yang juga merupakan sahabat lama kepada Tuan Haji Ashraf.

Tujuan utama ziarah ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim serta membuka ruang perbincangan strategik antara kedua-dua pihak dalam urusan hal ehwal agama Islam, khususnya berkaitan dengan fatwa, pendidikan dan pemantapan akhlak masyarakat. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan tentang pendekatan dakwah semasa serta isu-isu semasa yang melibatkan sensitiviti agama di peringkat negeri dan persekutuan.

Ziarah penuh muhibah ini mencerminkan komitmen berterusan institusi-institusi agama dalam memperkukuh kerjasama rentas negeri demi kemaslahatan umat Islam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan mendoakan agar hubungan baik ini terus berpanjangan serta membawa manfaat bersama.