Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

MALAM GEMA DAKWAH | BICARA MUFTI SEMPENA FIESTA AFFIN ISLAMIC INTERNATIONAL WAKAF FUND RUN 2026 (AIWFR2026)

PULAU PINANG, 10 Oktober 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil Mufti Wilayah Persekutuan telah diundang sebagai panel Bicara Dua Mufti bersama Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sempena program Malam Gema Dakwah yang berlangsung di Masjid Ar-Rayyan, Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Program tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah pelancaran aplikasi yang memudahkan masyarakat melaksanakan ibadah wakaf secara lebih mudah dan praktikal.

Sesi Bicara Dua Mufti berlangsung secara interaktif apabila masyarakat berpeluang mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan agama untuk dijawab dan diperjelaskan secara langsung oleh kedua-dua tokoh mufti. Sesi ini menjadi platform perkongsian ilmu serta memberi pencerahan kepada masyarakat dalam memahami isu-isu agama berdasarkan panduan Islam.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan dalam menyemarakkan dakwah, memperkukuh kefahaman Islam dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan wakaf sebagai salah satu instrumen kebajikan ummah.