Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

MENYAMBUT TETAMU KHAS SEMPENA MAJLIS SAMA‘ HADIS ANTARABANGSA 2026

KLIA Terminal 1 | 22 November 2026

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dr. Zulkifli Hasan, menyambut ketibaan tetamu khas, Sheikh Prof. Dr. Usamah al-Sayyid al-Azhari sempena Majlis Sama‘ Hadis Jami‘ al-Tirmidhi dan al-Syama’il al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dari 13 hingga 23 November 2026.

Selain bertukar pandangan berkaitan hal ehwal agama dan keilmuan, pertemuan tersebut turut diserikan dengan perbualan santai mengenai kepelbagaian makanan dan keunikan kulinari Malaysia.

Pada jam 3.00 petang ini, Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan akan membimbing sesi bacaan kitab Jami‘ al-Tirmidhi dan al-Syama’il al-Muhammadiyyah yang turut menyingkap keperibadian, akhlak dan sifat terpuji Rasulullah SAW.

Semoga majlis ilmu ini terus menyuburkan kecintaan terhadap hadis dan sunnah Rasulullah SAW serta menghubungkan para pencinta ilmu dari seluruh dunia.