Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYAMBUT SYEIKH ALI AL-QARADAGHI DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

SEPANG, 23 NOVEMBER 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, menyambut ketibaan Syeikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut hadir menyambut ketibaan tokoh ulama tersebut ialah Dr. Marjan Muhammad, Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Syeikh Ali al-Qaradaghi dijangka berada di Malaysia selama tujuh hari. Antara pengisian kunjungan beliau ialah Majlis Talaqqi Perdana Khas di Masjid al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Majlis yang turut menampilkan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan itu memberi peluang kepada masyarakat untuk bertalaqqi dan menimba ilmu secara langsung daripada Syeikh Ali al-Qaradaghi sepanjang kunjungan beliau ke negara ini.

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjemput orang ramai untuk hadir mengimarahkan Majlis Talaqqi Perdana Khas yang akan berlangsung pada Rabu, 25 November 2026, selepas solat Maghrib. Para pencinta ilmu, khususnya warga Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitar, dialu-alukan untuk bersama-sama mengikuti pengajian ini bagi mengambil manfaat daripada ilmu dan pengalaman beliau.