LABUAN, 25 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bersama AJK Fatwa Wilayah Persekutuan mengadakan lawatan tapak ke Pangsapuri Ganggarak Permai, yang menempatkan rumah asnaf, serta tapak pembinaan Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan bagi meninjau perkembangan projek-projek Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Labuan. Lawatan ini bertujuan memantau kemudahan yang disediakan untuk golongan asnaf, menilai penambahbaikan infrastruktur sekolah, serta memastikan kesejahteraan komuniti setempat dan pelajar. Pejabat Mufti Wilayah Peesekutuan dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan bersama MAIWP dapat bertukar pendapat dan memberikan pandangan untuk penambahbaikan demi kebajikan dan pembangunan projek pada masa hadapan.
Labuan Bulletin
LAWATAN TAPAK AHLI JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK DI LABUAN
Hits: 582