Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2026

LABUAN, 9 Ogos 2026 (Ahad) – Program ini telah diadakan di Dewan Darul Kifayah Labuan dan dianjurkan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat terhadap undang-undang syariah, khususnya berkaitan hak dan tanggungjawab, di samping memberikan pendedahan mengenai peruntukan undang-undang syariah yang terpakai di Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini turut mendapat penyertaan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan bersama beberapa agensi berkaitan yang membuka reruai pameran dan khidmat informasi sepanjang program berlangsung. Penyertaan tersebut memberi peluang kepada agensi-agensi terlibat untuk memperkenalkan fungsi, peranan serta perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat khususnya maklumat berkaitan hal ehwal agama dan perundangan syariah secara lebih dekat dan interaktif.

Secara keseluruhannya, penglibatan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan dan agensi-agensi lain dalam program ini telah menyumbang kepada kelancaran serta keberkesanan penyampaian maklumat kepada masyarakat. Program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang sebagai medium pendidikan dan kesedaran awam, khususnya dalam meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap undang-undang syariah serta peranan agensi-agensi agama di Wilayah Persekutuan Labuan.