Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Hari Semakan Buku Rekod Perkhidmatan dan HRMIS pada 17 April 2017 bagi tujuan memperkemaskan rekod-rekod pegawai-pegawai di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama pegawai-pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Bilik Mesyuarat Halaqah.