AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 360 (12 OGOS 2016 M / 9 ZULKAEDAH 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum Dr,
Saya ada soalan. Jika ada seseorang ingin menunaikan umrah/haji, dia seorang kurang berkemampuan,akan tetapi beliau bekerja dengan satu company bukan Islam. Bos individu tersebut merupakan seorang yg pemurah. Bolehkah jika individu tersebut meminta jasa baik bos beliau untuk "topup" sedikit untuk perbelanjaan umrah tersebut? Jazakallah Dr.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Asal hukum mengambil hadiah ialah harus diambil daripada sesiapa pun termasuk daripada yang bukan Islam. Ini selagi mana diyakini sumber hadiah itu bukan daripada sumber yang haram. Jika menggunakan wang haram, sila rujuk jawapan yang telah kami berikan dalam Irsyad al-Fatwa Khas Haji dan Korban siri ke – 3 : Hukum Melaksanakan Haji Guna Wang Haram.
Wallahua'lam.