Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #369 : LATIHAN INDUSTRI DI SYARIKAT YANG MENJUAL ARAK DAN KHINZIR

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 369 (26 OGOS 2016 M / 21 ZULKAEDAH 1437 H)

SOALAN:

Salam ustaz. Saya ada satu kemusykilan. Apakah hukumnya kita menjalani praktikal kerja di sebuah syarikat yang sebelum ni kita tidak tahu mengenai status perniagaan. namun apabila sudah mula menjalani praktikal/kerja baru kita tahu yang syarikat tersebut menjalankn operasi perniagaan arak dan juga daging babi namum berselindung di atas nama perniagaan yang lain. mohon pencerahan dari ustaz. apakah langkah yang sewajarnya untuk di lakukan.

JAWAPAN:

Waalaikummussalam.

Kami melihat isu ini lebih kepada syubhah iaitu perkara yang menjadi kesamaran dalam aspek halal dan haramnya.

Hadith Nabi SAW:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Maksudnya: Tinggalkan apa yang mengelirukan kamu kepada apa yang tidak mengelirukan kamu (jelas dan nyata).

Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi (2518)

Dari segi wara’nya, lebih baik untuk dielakkan namun dari segi keumumannya, ia menjadi khilaf di kalangan para ulama. Saya lebih cenderung untuk dielakkan daripada syubhah. Wallahu a’lam.