AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 325 (10 JULAI 2016 M / 5 SYAWAL 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum wbt Sahib AlSamahah yang dikasihi,
Apakah hukum sesorang yang berwudhuk tetapi pada kulitnya (anggota wudhuk) terdapat sisa cat/liquid paper? Adakah wudhuknya dianggap sah untuk solat atau bagaimana?
Jazakumullahu khaira
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Jika sememangnya ketika berwudhuk sudah terdapat liquid/cat di mana sifatnya boleh menghalang air daripada sampai ke kulit, maka tidak sah wudhuk, dan perlu dihilangkan dahulu kemudian berwuduk.
Wallahua’lam.