Soalan: Apakah hukum seseorang yang mencuri pakaian dan solat dengan pakaian tersebut. Adakah batal solatnya?
Jawapan:
Pencuri tersebut hendaklah bertaubat kerana hukum mencuri adalah haram. Pakaian yang dicuri dikira sebagai pakaian yang haram dan bersolat dengan memakai pakaian yang haram adalah sah tetapi ditegah di sisi ulama' Malikiah dan Syafi'iyah. Bagi mazhab Hanafiah, solatnya sah namun hukumnya karahah al-tahrim (makruh yang mendekati dengan haram). Sebagaimana juga haram bagi solat dengan pakaian sutera bagi lelaki dan dikira berdosa tanpa pengecualian, seperti juga solat di tanah yang dirampas. Bagi mazhab Hanabilah, solat dengan pakaian yang haram adalah tidak sah sebagaimana solat dengan memakai pakaian sutera. Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/740.