Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #17 : HUKUM BERTAWAF SAMBIL MEMBAWA AIR ZAMZAM UNTUK DIJADIKAN IBU UBAT

SOALAN 17 (27 APRIL 2015 BERSAMAAN 8 REJAB 1436H)

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya kemusykilan ini. Apakah hukumnya jika kita bertawaf di Baitullah al-Haram sambil membawa beberapa botol air zamzam dengan niat untuk dijadikan ibu ubat bagi mengubati penyakit dan bagaimana pula dgn tawaf kita? Wassalam.

 

JAWAPAN

Masalah ini telah dilakukan oleh sebahagian orang soleh tetapi tidak dilakukan oleh Baginda SAW. Nas hadith menunjukkan Baginda minum selepas tawaf dan berdoa. Begitu juga air zamzam itu sendir adalah mujarab dan penyembuh penyakit berdasarkan nas yang banyak. Disamping itu sifat air zamzam mengikut apa yang seseorang itu niat minumnya. Justeru, tidaklah perlu dibawa tawaf kerana dibimbangi tertumpah atas seseorang atau hilang konsentrasi untuk beribadah dan berzikir ketika tawaf dengan niat menjaga air zamzam itu