SOALAN 26 (05/05/2015 BERSAMAAN 16 REJAB 1436H)
Assalamualaikum, Tuan. Mohon bertanya satu soalan. Elokkah jika saya menamakan anak dengan nama Muhammad Arham. Terima kasih tuan.
JAWAPAN
Saya kurang setuju dengan nama tersebut. Ini kerana salah satu daripada makna arham itu adalah yang paling mengasihi dan merahmati. Sedangkan sudah barang tentu Allahlah yang paling Merahmati. Sebab itu kita menyebut dengan Ya Arhamarrahimin. Saya syorkan berilah nama dengan Abdul Rahman dan juga memberi makna hampir sama dengan Rahmat.