Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS MENANAM KESEDARAN TETAPI MENYERUPAI UPACARA ORANG KRISTIAN

SOALAN 64 (02/06/2015 BERSAMAAN 15 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Ada majlis di mana berniat untuk menanamkan kesedaran dalam jemaah yang hadir. Penyampai membuat semua menangis dengan kata-kata yang hiba, merintih meratapi dosa-dosany sendiri. Saya teringat rancangan 'evengelical' Kristian yang dipaparkan di siaran TV Amerika Syarikat di mana paderi atau 'minister' membuat Sunday preaching seperti ini. Saya meminta penjelasan dari Ustaz akan hal ini kerana rasa was-was untuk terus mengikuti majlis ilmu seperti ini.

 

JAWAPAN

Menangis kerana takutkan Allah adalah amat baik bahkan akan membawa kepada keinsafan tetapi isu yang lebih besar daripada itu pelan tindakan selepas majlis tersebut dan hati kita. Apakah masih lagi pada tahap yang sama. Ambillah apa yang diajar oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama Rabbani yang benar-benar takutkan Allah SWT.