Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

hukum menyedekahkan kepala lembu korban kepada penyembelih

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 127 (16 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 5 RABIULAWAL 1437H

SOALAN:

Assamualaikum ustaz, Adakah jatuh hukum haram jika kepala lembu korban tidak diberikan sama rata? Bolehkah saya sedekahkan sahaja kepala lembu itu kepada tukang sembelih kerana pemilik lembu tidak pandai nak proses?

Terima kasih.

 

JAWAPAN

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Boleh. Sebaik-baiknya manfaatkan semua bahagian korban termasuklah kulit untuk disedekahkan. 

Wallahuaʿlam