Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

hukum lembu yang diberi ahli parlimen

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 128 (17 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 6 RABIULAWAL 1437H

 

SOALAN

Assalamualaikum wbt.

Semoga al-Fadhil ustaz sentiasa dirahmati Allah.

Saya ingin bertanya satu soalan tentang ibadah korban. Tentang lembu yang diberi oleh ahli Parlimen bagi tujuan korban. Adakah boleh diletakkan nama orang ramai yang ingin berkorban dengan mengenakan bayaran yang murah sedikit berbanding harga pasaran? Misalnya dikenakan bayaran sebanyak RM200 untuk satu bahagian.

Jazakumullah khairan kathira.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Hal ini berdasarkan niat dan cara. Dalam isu niat, apakah yang diniatkan oleh ahli Parlimen tersebut? Sama ada untuk dihibahkan kepada orang ramai contohnya kepada tujuh orang, setiap seorang satu bahagian, maka ini diharuskan. Cuma, tidak wajar diambil duit RM200 bagi setiap bahagian korban. Jika diniatkan untuk dijual, maka dibenarkan ahli Parlimen mengenakan bayaran RM200 kerana dianggap sebagai jual beli. Manakala jika pemberi lembu tersebut hanya berniat mewakilkan kepada orang yang menerima itu untuk menyembelih, maka ini juga dibenarkan tanpa perlu kepada bayaran tersebut. 

Wallahua`lam.