Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MENGAJUK DAN MEMPERLEKEH HADIS NABI SAW

 AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 111 (7 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 24 ZULKAEDAH 1436H)

 

Kitab Bustān al-ʿĀrifīn. Kredit: suble-alrashideen.com

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada kemusyilan berkenaan apa hukum jika ada orang islam mengajuk atau mengejek hadis Nabi?

JAWAPAN

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

  • Haram dan berdosa besar pelakunya. Dan boleh membawa pelakunya kepada kufur.
  • Sebagai seorang Islam wajib kita memuliakan Rasulullah SAW dan mempertahankan sunnahnya.
  • Sila rujuk kepada kitab Bustān al-ʿĀrifīn karangan Imam Muhyiddīn al-Nawawī pada menyatakan mempertahankan Sunnah Nabi SAW.
    Wallahuaʿlam