Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

dividen dan bonus bank yang mengamalkan riba

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 176 (4 FEBRUARI 2016 / 25 RABIULAKHIR 1437 H)

Soalan :

Assalamualaikum Ustaz,

Bolehkah duit dividen/bonus bank yang mengamalkan muamalat riba ibu saya berikan kepada anak-anaknya dan suaminya. Apa yang saya tahu boleh jika kami bukan tanggungan si pemberi kerana anak-anaknya sudah bekerja.

Terima kasih

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Kami syorkan agar wang yang diperolehi daripada sumber yang haram digunakan bagi maslahah awam bagi orang Islam. Contohnya, membaiki infrastruktur seperti tandas yang rosak di masjid, pintu-pintu madrasah dan surau, dan menurap jalan-jalan berlubang.

Wallahua`lam.