Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HOBI MENYIMPAN FIGURA AKSI

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 220 (22 MAC 2016 M / 13 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Ustaz, saya ada hobi mengumpul figurà robot2 yg mana sesetengahnye berbentuk mirip manusia dan hobi ni sikit sebanyak terpalit kepada anak saya tp ank sy lebih kepada ultraman dan kamen rider.

Mohon penjelasan ustaz apa hukum menyimpan figura/patung mainan ni.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami menyarankan sesuatu hobi yang kita pilih itu biarlah yang membuatkan dekat kita dengan Tuhan. Contohnya, aktiviti sukarelawan membantu kebajikan dan pendidikan golongan fakir dan miskin, membersihkan tandas-tandas masjid, dan membeli bahan bacaan yang baik dan membacanya.

Walau pun pada asalnya, memiliki patung-patung kecil sebagai permainan ada keharusan, jika tidak ditaqdiskan dan membawa kepada pembaziran. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah RA:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى

Maksudnya: “Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sehabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku”.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6130) dalam al-Sahih.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852) berkomentar: “Para ulama berdalil dengan hadis ini akan bolehnya patung boneka berupa perempuan dan bolehnya mainan untuk anak perempuan. Hadis ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang membuat tandingan yang serupa dengan ciptaan Allah. Kebolehan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau katakan bahwa inilah pendapat majoriti ulama.” Rujuk al-Fathul Bari, 10/527).

Perlu kita perhatikan, budak kecil apabila bermain dengan patung permainan tidak menghormati patung mainannya. Kadang-kadang patung itu terputus kepalanya, terputus tangannya. Berbeza dengan orang dewasa yang begitu menjaga dan ditakuti membawa kepada penghormatan yang dilarang. Kanak-kanak juga mudah dipengaruhi oleh ayah mereka.

Berkata hukamak:

من شب على شئ شاب عليه

Maksudnya: Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya terbiasa atas sesuatu itu.

Berkata al-Ahnaf:

 

والأَدَبُ خَيرُ مِيرَاثٍ

Maksudnya: Sebaik-baik harta pusaka ialah adab yang baik.

Wallahua`lam.