Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PUASA SUNAT PADA HARI AHAD

SOALAN 44 (29/06/2015 BERSAMAAN 12 RAMADAN 1436H)

Bolehkan puasa sunat pada hari Ahad sahaja?

 

JAWAPAN

Para ulama berpendapat bahawa makruh berpuasa pada hari Ahad sahaja. Ini kerana orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu, manakala orang Nasrani pula mengagungkan hari Ahad.

Walau bagaimanapun, tidak makruh berpuasa pada hari Sabtu bersama-sama hari Ahad. Ini adalah kerana tidak ada sesiapa pun daripada dua golongan tersebut yang mengagungkan kedua-duanya sekali.