Alhamdulillah, kami berbesar hati menerima amanah atas perkenan pihak Diwan al-Malaki (Majlis Diraja) Saudi untuk mewakili Menteri, Timbalan Menteri, agensi-agensi Islam, NGO-NGO Islam, para Ashab al-Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia menyampaikan ucapan di hadapan Khadim al-Haramain Raja Salman. Kami berharap hubungan kerjasama strategik antara Arab Saudi - Malaysia akan berterusan dalam pelbagai bidang untuk manfaat umat Islam di Malaysia.