Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD HUKUM SIRI KE-883: MUSTAHADAH GOLONGAN KEEMPAT: MU’TAADAH GHAIR MUMAIYIZAH

MUSTAHADAH_GOLONGAN_KEEMPAT_-_MUTAADAH_GHAIR_MUMAIYIZAH.jpg

Soalan:

Assalamualaikum. Kitaran haid saya pada bulan-bulan lepas adalah normal iaitu 7 hari darah merah pada setiap bulan. Namun, pada bulan ini darah yang datang sehingga 20 hari yang hanya satu warna darah iaitu merah. Persoalannya, berapakah hari-hari haid dan istihadah saya?

Ringkasan Jawapan:

Mustahadah Mu’taadah Ghair Mumayyizah merupakan wanita yang biasa datang haid pada bulan sebelumnya, kemudian mengalami istihadah apabila darah haid keluar secara berterusan melepasi tempoh sebanyak-banyak haid (15 hari 15 malam) kemudian bersambung sehingga hari ke-16 dan seterusnya. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat membezakan warna darahnya kerana darahnya keluar dengan satu warna sahaja.Hukumnya bagi kategori wanita tersebut mengikut adat kebiasaan haid dan bakinya istihadah. Jadual berikut merupakan contoh bagi soalan individu yang mempunyai adat tersusun dan berulang 7 hari setiap bulan:

Mustahadah_1.jpg

 

Huraian Jawapan

Perbahasan artikel lepas telah dijelaskan berkenaan hukum wanita istihadah bagi golongan pertama, kedua dan ketiga :

  1. Golongan mubtadaah ghair mumaiyizah, www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5643-irsyad-al-fatwa-siri-ke-770-mustahadah-golongan-pertama-mubtadaah-mumayyizah
  2. Golongan mubtadaah mumaiyizah, https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5753-irsyad-al-fatwa-siri-ke-800-mustahadah-golongan-kedua-mubtadaah-ghairu-mumayyizah
  3. Golongan mu’taadah mumaiyizah https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5786-irsyad-al-fatwa-siri-ke-809-mustahadah-golongan-ketiga-mu-tadah-mumayyizah

Penulisan pada kali ini akan membicarakan berkaitan golongan mustahadah mu’taadah ghair mumayyizah. Golongan wanita istihadah (haid bercampur istihadah) tersebut apabila darah keluar secara berterusan melepasi tempoh maksimum haid (15 hari 15 malam) kemudian bersambung hari seterusnya namun tidak mampu (tamyiz) membezakan warna darah tapi pernah mengalami haid dan suci pada bulan sebelumnya serta mengingati kadar waktu dan adat kebiasaan haidnya.[1]

Definisi Mu’taadah Ghayr Mumaiyizah    

Kategori wanita (mustahadhah mu’taadah ghayr mumayyizah dhakirah li ‘adatiha qadaran wa waqtan) sebagaimana definisi berikut:

وَإِن كَانَت مُعْتَادَة غير مُمَيزَة بِأَن سبق لَهَا حيض وطهر وَهِي تعلمهَا قدرا ووقتا فَترد إِلَيْهِمَا قدرا ووقتا وَتثبت الْعَادة الْمُرَتّب عَلَيْهَا مَا ذكر إِن لم تخْتَلف بِمرَّة

Maksudnya “Seorang wanita yang mempunyai adat kebiasaan haid namun tidak dapat membezakan warna darah. Kemudian dia pernah mengalami sekali haid dan sekali suci dan dia mengetahui kadar (jumlah bilangan masa darah keluar) serta waktu (tarikh keluar), maka haidnya dihukumkan dengan melihat kembali kepada kiraan kadar tempoh dan waktu haid mengikut adat kebiasaan haidnya jika ia tidak berbeza, maka (sabit)ditentukan dengan sekali.” [2]

Golongan ini terbahagi kepada dua ciri ciri berikut:

  1. Warna darah keluar dengan satu sifat.
  2. Mempunyai sifat darah kuat dan lemah tetapi tidak memenuhi syarat tamyiz.[3]

Hukum Mustahadhah Mu’taadah Ghayr Mumayyizah

Hukum bagi golongan wanita istihadah mu’taadah ghayr mumayyizah kembali pada kiraan adat iaitu kebiasaan haid yang sebelumnya pada kadar tempoh dan waktu. Tempoh adat kebiasaan haid ditetapkan walaupun hanya sekali menurut pendapat yag paling sahih.[4] Hal ini bersandarkan hadis Ummu Salamah RA, yang meminta penjelasan hukum pada Rasulullah SAW:

أَنَّ امْرَأَةً كَانَتْ تُهْرَاقُ الدَّمَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَاسْتَفْتَيْتُ لَهَا رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَ: لِتَنْظُرْ عَدَدَ الْأَيَّامِ وَاللَّيَالِي الَّتِي كَانَتْ تَحَيُّضُهُنَّ مِنْ الشَّهْرِ قَبْلَ أَنْ يُصِيبَهَا الَّذِي أَصَابَهَا، فَلْتَدَعْ الصَّلَاةَ قَدْرَ ذَلِكَ مِنْ الشَّهْرِ،

MaksudnyaBahawa seorang wanita telah berlaku pendarahan di zaman Rasulullah SAW, maka beliau telah meminta fatwa daripada Rasulullah SAW, untuk wanita itu, maka Baginda bersabda: “Hendaklah dia mengira bilangan malam dan siang haidnya yang dia pernah haid pada bulan sebelum dia ditimpa musibah pesakit ini, maka hendaklah tinggalkan solat sekadar bilangan hari tersebut.”

(Riwayat Malik)

  1. Kaedah penentuan adat walaupun sekali

Sebagai contoh wanita (A) keluar haid pada bulan pertama selama 7 hari, kemudian pada bulan kedua darahnya keluar secara berterusan sehingga 17 hari. Semasa keadaan ini berlaku, wanita tersebut tidak dapat membezakan warna darahnya kerana darahnya keluar hanya satu warna sahaja. Walau bagaimanapun dia mengingati kadar dan waktu haidnya pada bulan lepas iaitu selama 7 hari. Oleh itu, darah haid dihukumkan pada 7 hari yang pertama kerana dia mampu mengingati waktu kebiasaan haidnya, manakala 10 hari selebihnya yang keluar adalah darah istihadah. Berikut gambaran jadual bagi situasi berikut: [5]

Mustahadah_2.jpg

  1. Kaedah penentuan adat pada bulan sebelumnya yang terakhir

Contoh menentukan adat walau sekali yang berbeza dari bulan sebelumnya adalah bagi situasi apabila wanita (B) setiap bulan keluar haid 5 hari, kemudian pada bulan seterusnya haidnya 6 hari, kemudian bulan seterusnya darah keluar melepasi tempoh maksimum haid (15 hari 15 malam) yang dikategori wanita istihadah tetapi telah biasa datang haid (mustahadah mu’taadah) dan tidak membezakan warna darah maka dihukumkan haidnya pada bulan tersebut adalah 6 hari kerana penentuan adat dengan sekali walaupun tak sama bulan sebelumnya.[6] Berikut gambaran jadual bagi situasi berikut:

Mustahadah_3_update.jpg

  1. Kaedah Menentukan Adat Yang Berbeza serta tersusun sebanyak 2 kali atau berulang (takarur)

Sekiranya adat yang berbeza pada setiap bulan serta tersusun mengikut pusingan (daur)   berlaku sebanyak dua kali (takarrur) atau lebih, maka apabila berlaku istihadah dengan 1 warna maka kembali mengikut adat haidnya secara sistem pusingan (daur) yang terjadi sebelum ini.

Contoh: Wanita (C) keluar haid 3 hari pada bulan pertama, bulan berikut 5 hari, kemudian 7 hari, kemudian berulang semula keluar 3 hari haidnya, bulan berikut 5 hari , kemudian 7 hari, kemudian bulan ke 7 berlaku istihadah, maka haidnya pada bulan ke 7 adalah 3 hari , pada bulan ke 8 adalah 5 hari jika berlaku istihadah , bulan 9 haidnnya 7 hari jika berlaku istihadah.[7]

Berikut jadual bagi situasi wanita (C) adat tempoh haid berbeza yang tersusun 2 kali atau jika berlaku selama- lamanya :

Mustahadah_4.jpg

  1. Adat Yang Berbeza Dan Tidak Berulang Pada Pusingan Ke 2,

Sekiranya tiada pusingan kedua seperti susunan adat yang sebelumnya, apabila berlaku istihadah bulan ke - 4, setelah pusingan pertama (3 bulan) maka kembali pada adat bulan sebelumnya. [8]

Contoh: Wanita (D) keluar haid 3 hari pada bulan pertama, bulan kedua 5 hari haid, kemudian 7 hari , pada bulan ke 4 berlaku istihadah dengan 1 warna, maka kembali pada kiraan haidnya adat yang lepas.

Berikut jadual bagi situasi wanita (D) adat berbeza yang tidak berulang pusingan:

Mustahadah_5.jpg

  1. Adat Haid Yang Berbeza Dan Pusingan Tidak Tersusun

Wanita yang pernah mengalami haid tidak mempunyai pusingan yang tersusun, adat berbeza antara satu sama lain, maka apabila berlaku istihadah kembali pada adat yang terakhir

a)     Kes Ingat Adat Sebelum[9]

Contoh wanita (B) tidak mempunyai adat yang tersusun dan tidak teratur, haidnya 3 hari bulan pertama, 5 hari haid bulan kedua, 7 hari bulan ketiga, 7 hari haid pada bulan ke empat, 5 hari haid bulan seterusnya dan 3 hari haid bulan seterusnya . Kemudian bulan ke 7 istihadah dengan 1 warna darah, maka dia perlu kembali pada adat bulan sebelumnya yang terakhir. Kemudian ihtiyat (berhati-hati) sehingga penghujung sebanyak - banyak adat iaitu 7 hari jika haid bulan sebelumnya 3 hari yang paling sedikit.

Berikut jadual : Pusingan pertama dan kedua adat berbeza/tidak teratur dan susunannya berbeza

Mustahadah_6.jpg

b)     Kes lupa susunan tapi ingat adat.[10]

Contoh wanita  tidak mempunyai adat yang tersusun, lupa pusingan tapi masih ingat adat haid berapa hari contoh ingat tempoh adat haidnya 3 hari/ 5hari/ 7hari, maka dihukumkan haidnya 3 hari kerana tempoh haid yang diyakini dan paling sedikit dan baki hari ke 4,5,6, 7 adalah langkah berihtiyat pada sebanyak -banyak adat, kemudian mandi setiap pusingan seperti hari ke 5 dan hari ke -7 kerana ada kemungkinan (ihtimal) berhenti darah setiap pusingan.

Berikut jadual : Kes lupa susunan pusingan tetapi ingat tempoh adat haid yang berbeza

Mustahadah_7.jpg

Ihtiyat bermakna hukum suci ketika ibadah hukum haid ketika persetubuhan.[11]

Mandi Wajib Selepas Maksimum Haid

Mandi wajib setelah darah keluar melepasi hari maksimum haid 15 hari/15 malam untuk memastikan sama ada mengalami haid atau istihadah. Setelah menentukan haid mengikut kiraan adat, maka wajib qada’ semula solat bagi tempoh darah yang keluar yang tidak dianggap haid. [12]  

Wajib Mandi Setelah Adat Haid Apabila Istihadah Berulang

Apabila wanita mengalami istihadah pada bulan lepas, kemudian bulan istihadah darah keluar melebihi tempoh adat, maka wanita tersebut perlu mandi wajib setelah melepasi tempoh adat haid untuk melaksanakan solat tanpa menunggu hari ke -15. Hal ini wanita tersebut kerana sudah berpengalaman bulan sebelum ini berlaku istihadah, hal ini kerana hukumnya kebiasaan istihadah juga ditentukan (sabit ) walaupun sekali. [13]

Jadual mandi wajib selepas maksimum haid dan selepas adat haid apabila istihadah berulang :

Mustahadah_8.jpg

Kesimpulan

Kategori mustahadah mu’taadah ghayr mumayyizah adalah wanita istihadah yang pernah mengalami haid dan tidak mampu membezakan warna, namum ingat kadar dan waktu adat kebiasaannya sebelumnya, maka hukumnya mengikut kiraan adat.

Wallahu a'lam

 

Rujukan: 

[1] al-Khatib as-Syirbini AhmadMughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, (Dar al-Kutub al-‘Ilmia, 1994 ) Jld. 1 P: 287

شَرَعَ فِي الْمُسْتَحَاضَةِ الثَّالِثَةِ وَهِيَ الْمُعْتَادَةُ غَيْرُ الْمُمَيِّزَةِ، فَقَالَ: (أَوْ) كَانَتْ مَنْ جَاوَزَ دَمُهَا أَكْثَرَ الْحَيْضِ (مُعْتَادَةً) غَيْرَ مُمَيِّزَةٍ (بِأَنْ سَبَقَ لَهَا حَيْضٌ وَطُهْرٌ) وَهِيَ تَعْلَمُهُمَا قَدْرًا وَوَقْتًا (فَتَرُدُّ إلَيْهِمَا قَدْرًا وَوَقْتًا) كَخَمْسَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ لِمَا رَوَى الشَّافِعِيُّ وَغَيْرُهُ بِأَسَانِيدَ صَحِيحَةٍ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ

[2] al-Khatib as-Syirbini, Al -Iqna’ Fi Hall Alfaz AbI Syuja’ ( Beirut : Dar al-Fikr tth) J: 1 P 97

[3]  Abd Rahman al-Saqqaf. Al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah. Hlm 65

المعتادَةُ غيرُ المُمَيِّزة هي : ، ورَأَتِ الدَّمَ بصفة واحِدة، أو بصفات لكنْ فَقَدَتْ شرطًا مِن شُرُوطِ التمييز

[4] al-Khatib as-Syirbini AhmadMughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, (Dar al-Kutub al-‘Ilmia, 1994 ) Jld. 1 P: 288

(وَتَثْبُتُ) الْعَادَةُ الْمُرَتَّبُ عَلَيْهَا مَا ذُكِرَ إنْ لَمْ تَخْتَلِفْ (بِمَرَّةٍ فِي الْأَصَحِّ)

[5] Kāf, Ḥasan ibn Aḥmad ibn Muḥammad  al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ( Dar al-Mirath al-Nabawi, 2003) 169

صورتها: امرأةٌ تقول: إنّها حاضَتْ من الشهر الذي قبل الأخير «۷ » أيام، ثم في الشهر الأخير جاءَ الدَّمُ (۱۷) يوماً ، وهِي لا تميز لون الدم ، أي : تَراهُ بصفة واحدة، فنَحكُمُ بأنَّ حيْضَها سبعة أيام عملاً بالشهر الذي قبله؛ لأنَّه عادتها، حيث إنّ العادة تثبتُ بآخرِ مرَّة والعشرة الأيام الباقية استِحَاضَة

[6] Abd Rahman al-Saqqaf. Al-Ibanah wa al-Ifadhah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah. Hlm 65

تنبت عادَةُ الحَيْضِ وَالظُّهْرِ بِمَرَّةٍ وَاحِدَةٍ.مِثال ذلك : لو كانَتْ عادتها المُسْتَمِرَةُ خمسةٌ مِن كُلِّ شهرٍ، ثُمّ صارَتْ سِنَةٌ في شهرٍ، ثُمّ جَاءَها الدَّمُ وزادَ على خمسةَ عَشَرَ يوما فالمرأة في هذا المثالِ مُسْتَحاضةٌ، وهي مُعتادة؛ لأنها قد سَبَقَ لها حيض وطُهْرُ، فتَرُدُّها إلى عادَتِها الأخيرة، وهي السَّيِّةُ؛ لأنّ العادَةَ تَثْبُتُ بمَرّةٍ.

[7]al-Khatib as-Syirbini AhmadMughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, (Dar al-Kutub al-‘Ilmia, 1994 ) Jld. 1 P:288

فَإِنْ اخْتَلَفَتْ عَادَتُهَا وَانْتَظَمَتْ كَأَنْ كَانَتْ تَحِيضُ فِي شَهْرٍ ثَلَاثَةً، وَفِي الثَّانِي خَمْسَةً، وَفِي الثَّالِثِ سَبْعَةً، وَفِي الرَّابِعِ ثَلَاثَةً، وَفِي الْخَامِسِ خَمْسَةً، وَفِي السَّادِسِ سَبْعَةً، ثُمَّ اُسْتُحِيضَتْ فِي الشَّهْرِ السَّابِعِ رُدَّتْ إلَى الثَّلَاثَةِ، أَوْ فِي الثَّامِنِ فَإِلَى الْخَمْسَةِ، أَوْ فِي التَّاسِعِ فَإِلَى السَّبْعَةِ، وَهَكَذَا أَبَدًا

[8] al-Khatib as-Syirbini AhmadMughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, (Dar al-Kutub al-‘Ilmia, 1994 ) Jld. 1 P:288

فَلَوْ لَمْ تَدُرْ الدَّوْرَ الثَّانِيَ عَلَى النَّظْمِ السَّابِقِ كَأَنْ اُسْتُحِيضَتْ فِي الشَّهْرِ الرَّابِعِ رُدَّتْ إلَى السَّبْعَةِ لَا إلَى الْعَادَةِ السَّابِقَةِ

[9] al-Khatib as-Syirbini AhmadMughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, (Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, 1994 ) Jld. 1 P:288

فَإِنْ لَمْ تَنْتَظِمْ بِأَنْ كَانَتْ تَتَقَدَّمُ هَذِهِ مَرَّةً وَهَذِهِ أُخْرَى رُدَّتْ إلَى مَا قَبْلَ شَهْرِ الِاسْتِحَاضَةِ إنْ ذَكَرَتْهُ بِنَاءً عَلَى ثُبُوتِ الْعَادَةِ بِمَرَّةٍ، ثُمَّ تَحْتَاطُ إلَى آخِرِ أَكْثَرِ الْعَادَاتِ إنْ لَمْ يَكُنْ هُوَ الَّذِي قَبْلَ شَهْرِ الِاسْتِحَاضَةِ،

[10] al-Khatib as-Syirbini AhmadMughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, (Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, 1994 ) Jld. 1 P:288

أَوْ نَسِيَتْ كَيْفِيَّةَ الدَّوَرَانِ دُونَ الْعَادَةِ حَيَّضْنَاهَا فِي كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةً؛ لِأَنَّهَا الْمُتَيَقَّنُ وَتَحْتَاطُ إلَى آخِرِ أَكْثَرِ الْعَادَاتِ، وَتَغْتَسِلُ آخِرَ كُلِّ نَوْبَةٍ

لِاحْتِمَالِ الِانْقِطَاعِ عِنْدَهُ.

[11] Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj Fi Syarh al-Minhaj wa Hawasyi al-Syawarni wa Ibadi (Mesir : al-Maktabah al Tijariah al-Kubra, 1983)   J:1 P: 405

وَنَسِيَتْ آخِرَ النُّوَبِ فِيهِمَا احْتَاطَتْ فَتَحِيضُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةً ثُمَّ هِيَ كَحَائِضٍ فِي نَحْوِ الْوَطْءِ وَطَاهِرٌ فِي الْعِبَادَةِ إلَى آخِرِ

[12] Abu Ishak Al- Syirazi al-Muhazzab Fi Fiqh al-Imam As -Syafie (Dar Kutub Ilmiyah)) Jld : 1 P : 81

فإن كانت معتادة غير مميزة وهي التي كانت تحيض من كل شهر أياماً ثم عبر الدم عادتها وعبر الخمسة عشر فلا تمييز لها فإنها لا تغتسل لمجاوزة الدم عادتها لجواز أن ينقطع الدم لخمسة عشر يوماً فإذا عبر الخمسة عشر ردت إلى عادتها فتغتسل بعد الخمسة عشر وتقضي صلاة ما زاد على عادتها لما روي أن امرأة كانت تهراق الدم على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فاستفتت أم سلمة رضي الله عنها فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "لتنظر عدد الليالي والأيام التي كانت تحيضهن من الشهر قبل أن يصيبها الذي أصابها فلتدع الصلاة قدر ذلك

[13] Ibid

فإن استمر بها الدم في الشهر الثاني وجاوز العادة اغتسلت عند مجاوزة العادة لأنا قد علمنا بالشهر الأول أنها مستحاضة فتغتسل في كل شهر عند مجاوزة العادة فتصلي وتصوم وتثبت العادة بمرة واحد